cemerlang memanah peringkat mssmns 2012
Pada 22 hingga 25 Februari 2012, SMK King George V telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Memanah MSSMNS 2012. Seramai 200 peserta telah menyertai pertandingan tersebut sama ada individu atau secara berkumpulan untuk mewakili sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Razak atau SDAR telah menjadi juara keseluruhan iaitu :
- Perak dan Gangsa B18 Lelaki bagi kategori berpasukan
- Perak dan Gangsa B15 lelaki bagi kategori berpasukan
- AHMAD AIMAN SAFWAN B SANUSI (50m Gangsa, 40m Emas)
- MUHAMMAD AIMAN B HASHIM (90m Perak, 70m Emas, 50m Perak, 30m Perak, dan Emas Keseluruhan Individu)
- MUHAMMAD NABEEL B SAHUDIN (70m Perak, 30m Emas, Gangsa Keseluruhan Individu)
SDAR telah menewaskan pasukan Sekolah Sukan Negeri Sembilan dan akan mewakili sekolah Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan iaitu MSSM di Kuantan,Pahang pada Mac 2012.
majlis kejohanan golf amal 2012
Pada 21 Oktober 2012,Sekolah Menengah Kebangsaan King George V telah mengadakan Majlis Kejohanan Golf Amal tahun 2012 di Seremban International Golf Club,Seremban,Negeri Sembilan. Hal ini demikian kerana SMK King George V ingin mengumpul dana untuk pembiayaan program-program kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah pelajar. Selain daripada itu,aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar dan guru terutamanya dalam menguruskan aktiviti tersebut yang melibatkan semua warga SMK King George V.
penyerahan set robotik gantian
sekolah-sekolah kluster robotik
Pada 12 Jun 2012 SMK King George V telah menjadi tuan rumah untuk penyerahan set robotik gantian antara sekolah-sekolah kluster robotik yang bertempat di Dewan Terbuka SMK King George V,Seremban ,Negeri Sembilan.
Di bawah adalah gambar-gambar sedutan pada hari tersebut:
smk king george v juara piala tunku naquiyuddin
Pada 20 Jun 2011 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban,SMK King George V telah menyertai Kejohanan Ragbi ke-14 Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan . SMK King George V telah menjuarai kejohanan tersebut dan telah merebut piala utama iaitu Piala Tunku Naquiyuddin.
Usaha Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan untuk melahirkan pemain-pemain ragbi yang berpotensi di peringkat sekolah telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan kejohanan ini menjadi landasan bagi melahirkan pemain-pemain berbakat untuk mewakili negeri dan negara amnya. Hal ini dapat dilihat bahawa penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam bidang sukan ragbi amat memberansangkan di sekolah-sekolah khusunya di Negeri Sembilan.
smk king george v juara anugerah cerita digital 2012
Anugerah ini adalah cara untuk memperkembangkan maklumat ICT dan cara-cara teknologi komunikasi dapat digunakan dalam kalangan pelajar sekolah. aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada para guru dan pelajar tentang cara -cara dan 'software' yang digunakan untuk memperkembangkan idea mereka dan imaginasi diterapkan dalam dunia digital. Selain itu,mereka juga dapat menggunakan muzik,kesan bunyi ,sari kata dan sebagainya dalam mengekspresikan cerita tersebut.
Di sebelah kanan antara gambar kemenangan peserta dari SMKKGV yang telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 2000.00 :
smk king george v juarai pertandingan bantuan kecemasan
Pada 31 Februari 2013 SMK King George V,Seremban telah menjadi juara dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Sembilan. Diikuti dengan SMK Chan Wa mendapat tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Puteri.
Pelajar dari kiri iaitu Rashvini Rania Ravindran, Sobanna Nair Appuni, Veylamuthen Murugan dan Ng Qi Jun daripada SMK KGV
acara berjalan kaki 6km oleh persatuan pengakap
Persatuan Pengakap SMK King George V telah mengadakan Acara Berjalan Kaki 6km yang pertama pada 5 Julai 2010. Terdapat 27 skuad yang menyertai acara ini. Acara ini juga menyerupai Merentas Desa akan tetapi ia khas untuk Unit Persatuan Pengakap SMKKGV sahaja. Acara tersebut telah bermula dari pukul 9.00 pagi hinggan 12.30 tengah hari di tempat pemeriksaan yang terakhir iaitu A&W. Antara tempat pemeriksaan yang perlu dilalui oleh peserta adalah seperti berikut:
- The Royale Bintang Hotel
- S.K Rahang
- Pejabat Risda
- Mara College
- The Klana Resort Hotel
- Caltex Service Station
- A&W
para peserta memulakan perjalanan dengan berbaris dan memanaskan badan di tempat pemeriksaan pertama iaitu A&
Skuad dalam perjalanan ke tempat pemeriksaan yang ke-3 iaitu Pejabat Risda