Syarat-syarat kemasukan ke SMK KING GEORGE V
Bagi pelajar darjah 6 yang ingin masuk ke tingkatan 1 terdapat beberapa syarat iaitu:
1. Tamat darjah 6 di sekolah rendah.
2. Bagi pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan ( SK ) perlu mencapai 5A dalam peringkat UPSR
3. Bagi pelajar dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina )[SJK( c )] dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil)[SJK( T ) ] pula perlu mencapai 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
4. Selain itu, terdapat syarat lain bagi pelajar yang kurang baik dalam bidang akademik tetapi mendapat markah yang tinggi dalam aktiviti ko-kurikulum.
Bagi pelajar tingkatan 3 masuk ke tingkatan 4 perlu membuat pilihan sama ada memilih aliran sains dan matematik atau aliran akaun dan seni. Kelayakan pelajar masuk ke aliran sains dan matematik adalah sekurang-kurangnya mendapat 5A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala yang lain perlu masuk ke aliran akaun dan seni.
Sekolah ini juga terdapat pelajar tingkatan 6. Pelajar tingkatan 5 boleh terus masuk ke tingkatan 6 rendah dengan syarat lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Kelas yang terdapat di SMK KING GEORGE V
Sekolah Menengah Kebangsaan King George V terdapat 7 nama kelas yang berlainan iaitu:
1. Tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 Atas Abu Bakar
2. Tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 Atas Alauddin
3. Tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 Atas Iskandar
4. Tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 Atas Izzudin
5. Tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 Atas Melewar
6. Tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 Atas Muzaffar
7. Tingkatan 1, 4, 5, 6 rendah, 6 atas Hishamuddin
Selain daripada nama-nama kelas di atas, terdapat nama kelas yang tidak guna lagi iaitu kelas Diyauddin. Nama kelas ini telah dimansuhkan sejak tahun 2002. Nama-nama kelas yang digunakan di ambil bersempena nama-nama sultan di Tanah Melayu.