Pengalaman saya di smk kgv ialah amat seronok.saya berasa bangga belajar di sekolah ini merupakan sekolah kluster. Tambahan pula,sekolah ini adalah sekolah penuh bantuan kerajaan dan memiliki segala kemudahan seperti kolam renang,padang,gim dan sebagainya. Oleh itu,yuran yang dikenakan juga tidak membebankan para ibubapa. Guru-guru juga berpengalaman banyak dan luas serta mengajar dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar. Oleh itu,sekolah ini salah satu institusi di mana ramai pelajar dapat keputusan yang tinggi. Ada juga banyak aktiviti dijalankan supaya pelajar tidak bosan dan juga boleh memupuk banyak pengalaman baru. Kesimpulannya,saya bertuah kerana dapat belajar di sekolah yang bersejarah ini.